hati ini ingin berkata-kata lagi.......
Hati ini masih rindukannya, dan selepas ini hanya rindu yang mampu menjadi peneman dikala sunyi, masih terbayang lagi diminda, wajahnya, lirikan matanya yang sentiasa membuat diri ini sentiasa berdebar-debar setiap kali bertentang dengan dia. gelak-tawanya, hurm........semua tentang dirinya akan sentiasa menjadi peneman buat diri ini hingga akhir hayat. diri ini berasa hairan, mengapa begitu sukar untuk melepaskannya, mugkin baru pertama kali rasa ditinggalkan, atau mungkin masih baru ditinggalkan atau seumpama dengannya. Hurm....entah lah, sudah terlambat untuk perbetulkan segalanya.Diri ini terlalu rindukannya, rindu sangat-sangat padanya. Diri ini tidak mengerti bagaimana untuk mentafsirkan perasaan itu. Terlalu sukar dan tidak mampu untuk diungkapkan. Begitu indah cinta, indahnya ia umpama bintang-bintang dilangit, yang senantiasa bersinar di malam hari, cantik dan berseri-seri. sinarannya mampu memecah kegelapan malam yang terlalu suram dan sunyi serta ditemani cahaya bulan yang indah dan cantik. Tetapi itu semua sudah tidak bermakna lagi buat empunya diri yang sudah tidak ada lagi semangatnya. Dia pernah berkata laluilah hari-hari yang mendatang dengan tenang tanpanya disisi. Air mata mengalir lagi, hurm...........di pagi yang suram ini hanya air mata menjadi peneman dan hanya gambarnya yang mampu untuk menjadi ubat kepada diri ini yang sentiasa akan menunggunya. biarla apa pun anggapan dia, tetapi hati ini akan terus menunggu, menunggu dengan penuh setia tanpa mengira selama mana pun. Hati ini hanya untuk dia dan jika dia bertemu selain dari diri ini, diri ini hanya mampu berdoa semoga pengganti itu mampu untuk menjaganya dengan lebih baik dan lebih menyayanginya. hati ini akan tetap dan akan terus mencintainya kerana dia adalah insan yang paling sempurna yang pernah menyayangi diri ini. saling sayang menyayangi dan cinta-mencintai antara satu sama lain. Hari ini sudah masuk hari kedua tinggalkan diri ini dan walaupun dia berkata bahawa dia mengundurkan diri, tetapi sebenarnya tidak, dia masih ada bersama diri ini lagi, masih dan sentiasa ada bersama diri ini. kenapa?kerana hatinya masih lagi bercantum dengan hati yang dia sayang dan cinta. Gila?ya....diri ini hampir gila sebenarnya dan itulah balasan yang setimpal dengan perbuatannya. Senyum sendiri, kemudian bercakap sendiri, kemudian menangis. Hurm...........harap diri ini akan terus tabah menghadapinya.......cincin dijari masih lagi melekat dan tidak akan mampu berkubur bersama cincinnya, kerana diri ini akan sentiasa mencintainya dan cincinnya akan sentiasa menunggunya untuk disarung semula.Diarinya, hurm..........sudah basah dengan air mata tetapi cepat-cepat di lap supaya tidak lusuh dan ia juga menunggu dan terus menunggu untuk pulang ke pangkuan tuannya...................bersambung.....................
No comments:
Post a Comment