Thursday, November 11, 2010
hati terus berbicara..............
pagi ini.hujan renyai-renyai membasahi bumi yang seolah-olah mengerti akan diri dan hati ini. terlalu sukar untuk digambarkan betapa sedih dan hibanya apabila menatap gambarnya pagi ini. masih segar lagi diingatan akan segala memori indah yang dilalui tatkala masih bersama. hati ini sayup menegenangkan segalanya. Tetapi apakan daya, kita hanya mampu merancang, tetapi Tuhan yang menentukan segalanya. Sekiranya dia di pertemukan dengan diri ini, harapan semoga masih ada ruang untuk diri ini untuk mencintai dirinya semula walaupun setelah ketiadaan dia di sisi, hati ini masih lagi dan akan terus mencintai dirinya sehingga akhir hayat. tidak akan ada yang mampu mengmbil cintanya dari diri ini. kerana cintanya hanya untuk dia dan akan diri ini menjaga cintanya sehingga ia kembali ke sisi diri ini. tetapi sekiranya tidak, hurm.....apakan daya, diri ini hanya akan mampu menangis dan akan terus menangis. Dia pernah beritahu bahawa dia tidak mahu menjadi seperti nadia, dan akan memberikan masa, tetapi masa yang diberikan tamat sebelum masanya hanya kerana dia tidak mampu untuk berhadapan dengan apa telah diri ini lakukan.Tetapi 2 adalh kelemahan yang ada pd diri ini dan saki baki diri yang dulu itulah kelemahannya. Tetapi dia tidak mampu untuk percaya dan apabila kepercayaan sudah tiada, maka inilah akhirnya. Tidak diri ini menyangka bahawa suapan roti telur itu adalah suapan terakhir darinya kerana diri ini menyangka bahawa semua akan selesai selepas dia habiskan peperiksaan akhirnya. Tetapi rupa-rupanya lebih awal dari itu. Keputusan telah pun dibuat selepas bertemu dengannya pada malam itu tetapi diri ini mula menyedari 3 hari kemudian melalui diarinya. Hurm...cepat sungguh, tetapi hati ini akan memaksa untuk menerima segalanya. Tapi hakikatnya sememangnya tidak boleh, dan tidak akan dapat mampu untuk menerima semua ini sampai bila-bila..............emmm...pie cintakan tart smpi bila-bila.....................................maapkan pie.........
hati berbicara lagi...................................
hati ini ingin berkata-kata lagi.......
Hati ini masih rindukannya, dan selepas ini hanya rindu yang mampu menjadi peneman dikala sunyi, masih terbayang lagi diminda, wajahnya, lirikan matanya yang sentiasa membuat diri ini sentiasa berdebar-debar setiap kali bertentang dengan dia. gelak-tawanya, hurm........semua tentang dirinya akan sentiasa menjadi peneman buat diri ini hingga akhir hayat. diri ini berasa hairan, mengapa begitu sukar untuk melepaskannya, mugkin baru pertama kali rasa ditinggalkan, atau mungkin masih baru ditinggalkan atau seumpama dengannya. Hurm....entah lah, sudah terlambat untuk perbetulkan segalanya.Diri ini terlalu rindukannya, rindu sangat-sangat padanya. Diri ini tidak mengerti bagaimana untuk mentafsirkan perasaan itu. Terlalu sukar dan tidak mampu untuk diungkapkan. Begitu indah cinta, indahnya ia umpama bintang-bintang dilangit, yang senantiasa bersinar di malam hari, cantik dan berseri-seri. sinarannya mampu memecah kegelapan malam yang terlalu suram dan sunyi serta ditemani cahaya bulan yang indah dan cantik. Tetapi itu semua sudah tidak bermakna lagi buat empunya diri yang sudah tidak ada lagi semangatnya. Dia pernah berkata laluilah hari-hari yang mendatang dengan tenang tanpanya disisi. Air mata mengalir lagi, hurm...........di pagi yang suram ini hanya air mata menjadi peneman dan hanya gambarnya yang mampu untuk menjadi ubat kepada diri ini yang sentiasa akan menunggunya. biarla apa pun anggapan dia, tetapi hati ini akan terus menunggu, menunggu dengan penuh setia tanpa mengira selama mana pun. Hati ini hanya untuk dia dan jika dia bertemu selain dari diri ini, diri ini hanya mampu berdoa semoga pengganti itu mampu untuk menjaganya dengan lebih baik dan lebih menyayanginya. hati ini akan tetap dan akan terus mencintainya kerana dia adalah insan yang paling sempurna yang pernah menyayangi diri ini. saling sayang menyayangi dan cinta-mencintai antara satu sama lain. Hari ini sudah masuk hari kedua tinggalkan diri ini dan walaupun dia berkata bahawa dia mengundurkan diri, tetapi sebenarnya tidak, dia masih ada bersama diri ini lagi, masih dan sentiasa ada bersama diri ini. kenapa?kerana hatinya masih lagi bercantum dengan hati yang dia sayang dan cinta. Gila?ya....diri ini hampir gila sebenarnya dan itulah balasan yang setimpal dengan perbuatannya. Senyum sendiri, kemudian bercakap sendiri, kemudian menangis. Hurm...........harap diri ini akan terus tabah menghadapinya.......cincin dijari masih lagi melekat dan tidak akan mampu berkubur bersama cincinnya, kerana diri ini akan sentiasa mencintainya dan cincinnya akan sentiasa menunggunya untuk disarung semula.Diarinya, hurm..........sudah basah dengan air mata tetapi cepat-cepat di lap supaya tidak lusuh dan ia juga menunggu dan terus menunggu untuk pulang ke pangkuan tuannya...................bersambung.....................

Wednesday, November 10, 2010
..............................................................................
harus bagaimana lagi...dan terus begini........dengarkan aku...lihat kemataku.......cukup sudah kau menghukum..................hahahahahahahahahahaha...ting tong.......&%$#%^(*&@#
the end.........
hari ini berakhir sudah kisah suka dan duka sebuah kisah dua insan yang sentiasa sayang antara satu sama lain. Dan hari ini juga berkhir segalanya dan yang tinggal hanyalah memori indah yang akan sentiasa terpahat dilubuk hati ini. Hati ini sebenarnya masih belum mampu untuk menerima apa yang berlaku tetapi dari sudut positif hati dan diri ini juga harus menerima ketentuan yang telah sekian lama tertulis dan kehidupan harus diteruskan. Hubungan cinta yang umpama bunga yang baru saja mahu berkembang tetapi layu sebelum mekarnya. tetapi apakan daya, bunga yang layu itu harus di tanam semula dengan harapan ia mampu untuk tumbuh semula Tetapi adakah ia bunga yang sama? tidak bukan? nukilan ini ditulis dengan diiringi linangan air mata yang jatuh membasahi pipi tetapi segala penyesalan sudah tiada gunanya lagi. segala ungkapan-ungkapan cinta yang ditaburkan umpama baja yang mampu untuk membuatkan bunga segar dan mekar rupa-rupanya diiringi dengan racun yang membuatkan ia layu dan akhirnya menyembah bumi. Begitulah perumpamaan tentang cinta dua insan ini. Tiada lagi kata-kata dan tidak ada lagi ungkapan-ungkapan manja yang kedengaran di telinga. Rindu rasanya akan semua itu. Pagi ini agak lain dari hari-hari yang biasa kerana bermula hari ini diri ini jalani kehidupan tanpa kekasih disisi. Mungkin ini yang terbaik. Harap masa yang berlalu akan pantas kerana diri ini tidak mampu untuk menanggung sakit dan sedihnya. Tetapi sakit dan sedih itu tidak mampu menandingi sepertimana yang telah diperlakukan oleh diri ini kepadanya. Dan kini balasan akan diterima dan tidak mungkin dia akan kembali lagi. cukuplah diari yang diberi, cincin sudah mampu untuk membuatkan diri ini faham akan hakikat sebenar bahawa cinta yang diharapkan berpanjangan akhirnya terhenti di suatu sudut yang tidak pasti samada ia adalah yang terakhir ataupun tidak. tetapi bagi diri ini, cinta yang selama ini yang dibina bersama tidak akan mampu diberikan pada insan lain kerana cinta yang dibina terlalu bermakna buat diri ini dan ia juga adalah suatu janji yang telah dimeterai. Mungkin diri ini umpama bagkai bernyawa, tetapi didalam hatinya masih terkunci cinta yang disimpan untuknya kerana kunci untuk membukanya sudah lama hilang, entah ke mana. Dan adakah masih ada peluang untuk diri ini memberikan cintanya kembali pada dia?hurmm...entahlah, mungkin tidak kerana dia terlalu sakit akan diri ini yang masih ada lagi saki baki diri yang dulu. Seorang yang suka mainkan hati dan perasaan orang lain, tidak jujur, jahat dan suka ambil kesempatan atas kelemahan orang lain. Umpama sebiji buah epal yang masak ranum dari luaran, rupa-rupanya didalamnya penuh dengan ulat-ulat yang sedang asyik memamah isi didalamnya. Hati yang terluka umpama besi yang bengkok, walau di ketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya. Begitu jua lah hatinya, sakit yang dirasa tidak mampu untuk menandingi apa yang dirasakan oleh hati ini. Hina rasanya tatkala diari dan cincin di pulangkan, namun apa kan daya, hati harus menerima kerana ia adalah titik tolak dari perbuatan sendiri dan mungkin juga suatu balasan kerana masih tidak mampu untuk berubah seperti apa yang dia mahukan. Diri ini pasrah atas apa yang berlaku dan harap diri ini mampu teruskan kehidupan seperti biasa. Mungkin bila bersama rakan-rakan dapat tertawa riang tetapi tatkala bersendirian, hurm....tidak mampu untuk bangun kembali. Begitulah berakhirnya sebuah kisah cinta yang dianggap suci tetapi disebabkan racun yang sedikit, telah memusnahkan segalanya..................bersambung....
Saturday, November 6, 2010
teman......
Kita tiba dihujung pertemuan
musim-musim yang berlalu
hanya tinggal memori
tersemat didalam mindaku
Temanku yang sejati
ukirkan sebuah senyuman
moga perpisahan kita
mungkinkan terjadi
dari ukhwah yang suci
Temanku yang sejati
ku harapkan padamu
tetapkan keimanan
dalam menghadapi pancaroba
hidup dan ranjau
Perjuangan yang suci
yang kita hadapi bersama
perlukan pengorbanan
dan keikhlasan
dari hati yang tulus suci
musim-musim yang berlalu
hanya tinggal memori
tersemat didalam mindaku
Temanku yang sejati
ukirkan sebuah senyuman
moga perpisahan kita
mungkinkan terjadi
dari ukhwah yang suci
Temanku yang sejati
ku harapkan padamu
tetapkan keimanan
dalam menghadapi pancaroba
hidup dan ranjau
Perjuangan yang suci
yang kita hadapi bersama
perlukan pengorbanan
dan keikhlasan
dari hati yang tulus suci
Monday, November 1, 2010
hakikat sebuah cinta...........
Hidup ini umpama termometer...kekadang naik dan kekadang turun...begitulah lumrah hidup yang sentiasa penuh dengan permainan dan setiap dari permainan itu terselit sedikit muslihat yang kita sendiri tidak tahu adakah ia memberi kita kebaikan atau pun ia mampu untuk membinasakan diri kita. Kadang-kala kita tidak sedar bahawa hidup ini juga mampu untuk mengajar dan mendidik kita bagaimana untuk menjadi makhluk yang bergelar manusia dan mampu untuk membezakan baik buruk setiap perbuatan itu. Kerana titik tolak dari itu, kita mampu untuk menilai sejauh mana kemampuan kita dalam mengharungi kehidupan ini. Cinta....cinta juga adalah sebahagian dari permainan kehidupan. Setiap dari kita pasti akan dapat merasai naluri yang paling indah yang terselit didalam sanubari setiap insan. Kehadirannya mampu untuk membuatkan kita leka akan segalanya dek perasaan cinta dan sayangnya terhadap insan lain. Begitu hebatnya kuasa cinta apabila ia menusuk ke dalam jiwa setiap insan bergelar manusia. Dengan cinta juga mampu membuatkan seseorang itu merasakan dirinya sentiasa mahu disayangi, dibelai dan di manja dan setiap saat yang dilalui bersama akan sentisa dihargai dan akan menjadi memori terindah hingga hembusan nafas yang terakhir. Tetapi, seperti kata pepatah, langit tak selalunya cerah, ingatkan panas sehingga ke petang, rupanya hujan di tengahari, begitulah ungkapan yang sesuai apabila cinta yang dianggap suatu ceritera yang indah sentiasa, rupa-rupanya telah berubah menjadi sebuah episod luka yang tidak tahu bila akan berakhir. Apabila kejujuran menjadi racun, kasih dan sayang yang dicurahkan menjadi duri yang menusuk sehingga membuatkan diri umpama sampan reput yang menunggu untuk di mamah bumi. Tugu cinta yang dibina hancur dalam sekelip mata umpama debu pasir pantai yang ditiup angin. Alangkah sedih dan pilunya hati apabila kekasih yang diharapkan untuk sehidup semati akhirnya terpisah dek kepalsuan cinta dan janji-janji yang hanya indah khabar dari rupa. Begitulah nasib kisah sebuah cinta yang penuh dengan seribu satu cerita yang kita sendiri tidak pasti samada ia indah ataupun duka.........semuanya terpulang pada diri kita untuk menilai sejauh mana kehebatan cinta itu.....................
Subscribe to:
Posts (Atom)