Wednesday, November 10, 2010

the end.........

hari ini berakhir sudah kisah suka dan duka sebuah kisah dua insan yang sentiasa sayang antara satu sama lain. Dan hari ini juga berkhir segalanya dan yang tinggal hanyalah memori indah yang akan sentiasa terpahat dilubuk hati ini. Hati ini sebenarnya masih belum mampu untuk menerima apa yang berlaku tetapi dari sudut positif hati dan diri ini juga harus menerima ketentuan yang telah sekian lama tertulis dan kehidupan harus diteruskan. Hubungan cinta yang umpama bunga yang baru saja mahu berkembang tetapi layu sebelum mekarnya. tetapi apakan daya, bunga yang layu itu harus di tanam semula dengan harapan ia mampu untuk tumbuh semula  Tetapi adakah ia bunga yang sama? tidak bukan? nukilan ini ditulis dengan diiringi linangan air mata yang jatuh membasahi pipi tetapi segala penyesalan sudah tiada gunanya lagi. segala ungkapan-ungkapan cinta yang ditaburkan umpama baja yang mampu untuk membuatkan bunga segar dan mekar rupa-rupanya diiringi dengan racun yang membuatkan ia layu dan akhirnya menyembah bumi. Begitulah perumpamaan tentang cinta dua insan  ini. Tiada lagi kata-kata dan tidak ada lagi ungkapan-ungkapan manja yang kedengaran di telinga. Rindu rasanya akan semua itu. Pagi ini agak lain dari hari-hari yang biasa kerana bermula hari ini diri ini jalani kehidupan tanpa kekasih disisi. Mungkin ini yang terbaik. Harap masa yang berlalu akan pantas kerana diri ini tidak mampu untuk menanggung sakit dan sedihnya. Tetapi sakit dan sedih itu tidak mampu menandingi sepertimana yang telah diperlakukan oleh diri ini kepadanya. Dan kini balasan akan diterima dan tidak mungkin dia akan kembali lagi. cukuplah diari yang diberi, cincin sudah mampu untuk membuatkan diri ini faham akan hakikat sebenar bahawa cinta yang diharapkan berpanjangan akhirnya terhenti di suatu sudut yang tidak pasti samada ia adalah yang terakhir ataupun tidak. tetapi bagi diri ini, cinta yang selama ini yang dibina bersama tidak akan mampu diberikan pada insan lain kerana cinta yang dibina  terlalu bermakna buat diri ini dan ia juga adalah suatu janji yang telah dimeterai. Mungkin diri ini umpama bagkai bernyawa, tetapi didalam hatinya masih terkunci cinta yang disimpan untuknya kerana kunci untuk membukanya sudah lama hilang, entah ke mana. Dan adakah masih ada peluang untuk diri ini memberikan cintanya kembali pada dia?hurmm...entahlah, mungkin tidak kerana dia terlalu sakit akan diri ini yang masih ada lagi saki baki diri yang dulu. Seorang yang suka mainkan hati dan perasaan orang lain, tidak jujur, jahat dan suka ambil kesempatan atas kelemahan orang lain. Umpama sebiji buah epal yang masak ranum dari luaran, rupa-rupanya didalamnya penuh dengan ulat-ulat yang sedang asyik memamah isi didalamnya. Hati yang terluka umpama besi yang bengkok, walau di ketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya. Begitu jua lah hatinya, sakit yang dirasa tidak mampu untuk menandingi apa yang dirasakan oleh hati ini. Hina rasanya tatkala diari dan cincin di pulangkan, namun apa kan daya, hati harus menerima kerana ia adalah titik tolak dari perbuatan sendiri dan mungkin juga suatu balasan kerana masih tidak mampu untuk berubah seperti apa yang dia mahukan. Diri ini pasrah atas apa yang berlaku dan harap diri ini mampu teruskan kehidupan seperti biasa. Mungkin bila bersama rakan-rakan dapat tertawa riang tetapi tatkala bersendirian, hurm....tidak mampu untuk bangun kembali. Begitulah berakhirnya sebuah kisah cinta yang dianggap suci tetapi disebabkan racun yang sedikit, telah memusnahkan segalanya..................bersambung....

No comments:

Post a Comment