Monday, November 1, 2010

hakikat sebuah cinta...........

Hidup ini umpama termometer...kekadang naik dan kekadang turun...begitulah lumrah hidup yang sentiasa penuh dengan permainan dan setiap dari permainan itu terselit sedikit muslihat yang kita sendiri tidak tahu adakah ia memberi kita kebaikan atau pun ia mampu untuk membinasakan diri kita. Kadang-kala kita tidak sedar bahawa hidup ini juga mampu untuk mengajar dan mendidik kita bagaimana untuk menjadi makhluk yang bergelar manusia dan mampu untuk membezakan baik buruk setiap perbuatan itu. Kerana titik tolak dari itu, kita mampu untuk menilai sejauh mana kemampuan kita dalam mengharungi kehidupan ini. Cinta....cinta juga adalah sebahagian dari permainan kehidupan. Setiap dari kita pasti akan dapat merasai naluri yang paling indah yang terselit didalam sanubari setiap insan. Kehadirannya mampu untuk membuatkan kita leka akan segalanya dek perasaan cinta dan sayangnya terhadap insan lain. Begitu hebatnya kuasa cinta apabila ia menusuk ke dalam jiwa setiap insan bergelar manusia. Dengan cinta juga mampu membuatkan seseorang itu  merasakan dirinya sentiasa mahu disayangi, dibelai dan di manja dan setiap saat yang dilalui bersama akan sentisa dihargai dan akan menjadi memori terindah hingga hembusan nafas yang terakhir. Tetapi, seperti kata pepatah, langit tak selalunya cerah, ingatkan panas sehingga ke petang, rupanya hujan di tengahari, begitulah ungkapan yang sesuai apabila cinta yang dianggap suatu ceritera yang indah sentiasa, rupa-rupanya telah berubah menjadi sebuah episod luka yang tidak tahu bila akan berakhir. Apabila kejujuran menjadi racun, kasih dan sayang yang dicurahkan menjadi duri yang menusuk sehingga membuatkan diri umpama sampan reput yang menunggu untuk di mamah bumi. Tugu cinta yang dibina hancur dalam sekelip mata umpama debu pasir pantai yang ditiup angin. Alangkah sedih dan pilunya hati apabila kekasih yang diharapkan untuk sehidup semati akhirnya terpisah dek kepalsuan cinta dan janji-janji yang hanya indah khabar dari rupa. Begitulah nasib kisah sebuah cinta yang penuh dengan seribu satu cerita yang kita sendiri tidak pasti samada ia indah ataupun duka.........semuanya terpulang pada diri kita untuk menilai sejauh mana kehebatan cinta itu.....................

1 comment:

  1. (^_^):cinta pelukn pengorbnan.. stiap pengorbanan yang sakit pasti disertai kebhgiaan yang ubati kesakitan tu..jadi tak usah disesali cinta yang dikhianati...sntiasa hrgai cinta baru yg dtg dlm hdop kte sbb dendam xkn pnh mmbwa kbhgiaan malah lbih merosakkan... daa~

    ReplyDelete