Friday, February 25, 2011

Kehidupan yang dilalui oleh setiap manusia adalah sebuah perjalanan yang amat panjang dan penuh dengan seribu satu maksud yang tersirat mahu pun tersurat. Kehidupan yang dilalui juga adalah umpama sebuah kapal yang sedang belayar dilautan dan sentiasa berhadapan dengan pelbagai ranjau onak dan duri. Kehidupan juga adalah suatu jalan yang senantiasa memberikan suatu erti yang sangat bermakna untuk diri. Itulah hakikat sebenar dan erti kehidupan ini. Tetapi adakah setiap seorang insan yang bergelar manusia yang hidup di atas muka bumi ini sedar akan setiap ranjau dan halangan yang dilalui?adakah setiap diantara mereka yakin bahawa perjalanan kehidupan ini adalah suatu proses yang dapat menjadikan mereka sebagai seorang manusia yang betul-betul menghargai erti kehidupan itu sendiri?jawapannya ada pada setiap diri manusia itu sendiri. Perasaan gembira, sedih, sayang, cinta, kasih sayang, benci, semua itu adalah pelengkap kepada kehidupan. Sekiranya semua itu tiada, maka kehidupan manusia itu umpama mesin atau robot yang di gerakkan melalui alat kawalan jauh. Kehidupan manusia juga akan menjadi kosong, tiada apa-apa sekiranya tiada perasaan seperti itu kerana setiap perasaan yang dirasai oleh setiap manusia itu adalah warna yang akan menghiasi kehidupan tersebut. Tanpanya, segala-galaya pasti akan kabur, tidak jelas dan akhirnya layu umpama daun mati yang berguguran. Pencarian suatu erti kehidupan adalah suatu sangat sukar kerana ia adalah suatu yang sangat bernilai dan tidak mampu untuk di jual beli. Setiap pencarian itu memerlukan suatu perasaan yang kuat didalam diri jika ingin mencarinya dan hanya mereka yang bertahan sahaja mampu untuk menemui jalan dan erti kehidupan yang diinginkan. Tetapi apakah yang dicari itu mampu untuk mengubah diri manusia itu sendiri? Adakah pencariannya itu membuahkan hasil atau sebaliknya? Semua jawapan itu bergantung kepada keazaman dan tekad diri seorang manusia itu sendiri. Kehidupan yang sempurna dan baik datangnya dari hati yang ikhlas dan ia jg datang dari akal yang sentiasa memikirkan tentang perubahan diri dan ingin terus melakukan perubahan demi perubahan bagi mendapatkan hasil yang lebih baik dan sempurna dan hasil itu adalah sebuah kehidupan yang sangat bernilai dan sentiasa dihargai...................

No comments:

Post a Comment